INSYA-ALLAH KITA BOLEH!  

Posted

Kenapa Tidak Boleh?

oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersua kita kembali. Kursus kenaikan pangkat semakin hampir bagi musim 2009 ini. pastinya ada dua suasana. Pertama nya, tentulah semangat yang membara bagi mereka yang berminat dan bercita-cita tinggi terutama bakal-bakal Sarjan KRS dan Staf Sarjan KRS. Bagi peserta Leftenan muda entahlah... tetapi saya yakin ada antaranya yang cukup bersemangat bagi mengikuti kursus ini.

Suasana yang kedua, ada antara yang terpilih sedang sibuk mencari alasan untuk tidak menghadiri kursus ini. terutama bakal-bakal Leftenana muda yang diarahkan oleh pihak sekolah untuk hadir mendapatkan tauliah atau guru-guru pengiring yang terpaksa mengorbankan cuti yang dinanti-nanti. Maaflah sekiranya saya tersilap membuat andaian. Tetapi itulah hakikatnya. sampai kehari ini saya mendapat banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang kursus ini dan pelbagai cerita yang saya dengar. kadangkala terlalu lucu bila memikirkannya. Antaranya yang boleh saya kongsikan ada antara bakal peserta yang memberi alasan, Tidak boleh kena matahari, Tidak makan makanan melayu, makan makanan barat sahaja dan kena kencing manis, sebaik sahaja dapat surat tawaran dan pelbagai lagi.

Begitulah kalau sudah tidak minat. Walau apapun selamat menjalani latihan bagi yang sedang giat menjalankan latihan dan selamat berjaya kepada semua. Saya amat mengharapkan segala dokumen, pra syarat pentauliahan dan perkara-perkara penting yang telah dinyatakan didalam surat dapat di patuhi dan dibawa sebaiknya. Selamatberjaya, sesungguhnya apa yang kita lakukan ini adalah semata-mata kerana Allah dan semoga amal kita ini akan diberi balasan apabila kita mati nanti.

Saya masukkan keratan akhbar dibawah ini untuk kita fikirkan bersama.



klik untuk besarkan keratan ini

SEBENARNYA TIADA SIAPA BERHAK MENGATAKAN KITA TIDAK BOLEH..JIKA KITA KATAKAN KITA BOLEH.



This entry was posted on Saturday, May 30, 2009 at Saturday, May 30, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 komen

Post a Comment